Ayah Meninggal Dunia Atas Sejadah Ketika Sedang Berpuasa..”, Ning Baizura Kongsi Detik Kematian Bapa Yang Istimewa!

Loading...

Bapa kepada penyanyi terkenal Ning Baizura dilaporkan telah meninggal dunia pada 31 Ogos yang lalu. Allahyarham Sheikh Hamzah Sehikh Mohamed meninggal dunia di kediamannya pada pukul 2.40 petang hari Khamis yang lalu.

Ayah Meninggal Dunia Atas Sejadah Ketika Sedang Berpuasa..”, Ning Baizura Kongsi Detik Kematian Bapa Yang Istimewa!

Apa yang menarik, Ning Baizura telah berkongsi detik kematian bapanya yang dirasakan sangat istimewa. Menurut Ning, bapanya yang berusia 85 tahun menghembuskan nafas yang terakhir ketika sedang duduk di atas sejadah.

Apa yang menarik lagi, Ning menceritakan bahawa arwah bapanya meninggal dunia dalam keadaan dirinya sedang berpuasa sunat Arafah pada hari berkenaan. Tambah Ning lagi, bapanya dilihat menghembuskan nafas terakhir dengan tenang di atas sejadah.

“Ayah meninggal dunia selepas waktu Zohor dan ketika sedang berpuasa. Adik-beradik saya melihat ayah menghembuskan nafas terakhir di atas sejadah dengan wajah tenang.

Saya hanya sempat melihat arwah ketika dimandikan untuk solat jenazah dan mencium dahinya buat kali terakhir.

Ustaz ada beritahu ayah insan terpilih kerana meninggal dunia dalam keadaan masih utuh menunaikan solat lima waktu dan kami reda dengan pemergiannya,” 

Bapanya yang meninggal akibat sakit tua dikebumikan selepas solat Asar di salah satu tanah perkuburan di Shah Alam pada hari yang sama.

Ayah Meninggal Dunia Atas Sejadah Ketika Sedang Berpuasa..”, Ning Baizura Kongsi Detik Kematian Bapa Yang Istimewa!

Dia dimaklumkan berita kematian bapanya melalui aplikasi Whatsapp oleh ahli keluarga yang lain.

Bagi Ning, kematian bapanya sememangnya tidak diduganya kerana arwah dilihat masih sihat walafiat. Ning juga tidak menafikan bahawa kehilangan ketua keluarga itu meninggalkan impak besar dalam hidupnya.

Walau bagaimanapun Ning memberitahu bahawa dia tabah dengan pemergian bapanya walaupun lelaki itu dijemput sehari sebelum Hari Raya Aidiladha.

Berita Harian melaporkan arwah meninggalkan seorang balu, Satilah Abdullah dan sembilan orang anak.

Sumber Berita Harian via kisahdunia

Loading...