DIPERKOSA SECARA BERGILIR KEMUDIAN DIPOTONG DAN DIMAKAN

DIPERKOSA SECARA BERGILIR KEMUDIAN DIPOTONG DAN DIMAKAN

Loading...

 

Seorang wanita muda Zanele Hlatshwayo 25 tahun dipercayai menjadi mangsa rogol oleh lima lelaki, sebelum tubuhnya dipotong lalu dikongsi sesama mereka untuk dimakan! Kejadian ini berlaku di bandar Estcourt, Wilayah KwaZulu-Natal, Afrika Selatan.

Zanele dikatakan hilang pada 25 Julai lalu selepas pergi ke Pietermaritzburg untuk melawat neneknya. Sebelum itu dia singgah sebentar ke rumah keluarga di Estcourt lalu meneruskan perjalanan. Tetapi dia tidak muncul di rumah neneknya.

Mulanya ibu korban Philiswe tidak begitu khuatir tentang kehilangan Zanele, tetapi mula tidak sedap hati apabila sepupu Zanele bernama Nozipho terdengar berita penangkapan empat orang lelaki di Estcourt kerana perbuatan kanibal.

Nozipho yang berada di Estcourt segera menelepon makciknya di Pietermaritzburg. Dia sangat terkejut dan cemas apabila diberitahu Zanele tidak pernah sampai ke sana.

“Kami terus melapor kepada polis. Kemudian polis bertanya pakaian yang dipakai oleh Zanele kali terakhir meninggalkan rumah. Saya sangat rapat dengan Zanele sehingga warna seluar dalamnya pun saya tahu pada hari dia keluar rumah,” ujar Nozipho dalam linangan airmata.

DIPERKOSA SECARA BERGILIR KEMUDIAN DIPOTONG DAN DIMAKAN

“Dia memakai seluar ketat (legging) hitam, baju dan sebuah beg berisi pakaian jeans. Saya berikan gambaran kepada pegawai polis dan dia menyuruh kami menunggu sebentar,” ujarnya lagi.

Kemudian polis kembali membawa pakaian yang dipercayai milik Zanele – penuh dengan darah!

Sementara itu tubuh Zanele yang hilang kepala, tangan dan beberapa organ lain termasuk alat sulit telah dihantar ke Hospital untuk bedah siasat.

Misteri pembunuhan, pemerkosaan dan kanibalis terhadap Zanele terbongkar apabila salah seorang suspek dalam keadaan berbau busuk datang sukarela ke balai polis dan berkata “sudah penat menjadi kanibal.” Polis terkejut apabila dia menunjukkan anggota tubuh manusia.

Siasatan lanjut membawa polis ke sebuah rumah yang sangat berbau busuk datang dari beberapa potong tubuh manusia. Malah di dalam pot sup terdapat empat keping telinga manusia! Selepas itu empat lagi ditangkap menjadikan jumlah suspek seramai lima orang.

Setelah disoalsiasat mereka mendakwa telah menculik Zanele di Estcourt sebelum merogolnya. Selepas itu mereka membunuhnya kemudian memotong tubuh Zanela lalu dibahagikan sesama mereka untuk dimakan.

DIPERKOSA SECARA BERGILIR KEMUDIAN DIPOTONG DAN DIMAKAN

Menurut polis semua suspek adalah bomoh yang mengamalkan kanibalisme. Kononnnya memakan daging manusia dapat melindungi mereka dari sebarang ancaman, memberi kekuatan dan mampu membawa kekayaan.

Polis percaya masih ada yang menjadi mangsa selain Zanele. Selepas pembongkaran kes ini, lebih ramai penduduk tempatan membuat laporan kes keluarga hilang kepada pihak polis yang berkemungkinan menjadi mangsa kanibal.

Bagi Zonipho kematian sepupunya Zanele yang mempunyai seorang anak lelaki berumur dua tahun merupakan satu kehilangan besar dalam keluarga.

“Kami dapat bayangkan bagaimana dia merayu sebelum mati penuh kesengsaraan,” ujarnya sedih.

“Pakaiannya dipenuhi debu dan rumput, menunjukkan betapa dia meronta untuk cuba menyelamatkan nyawanya,” tambahnya lagi.

Artikel diolah semula dari sumber: Daily Mail, Mirror UK via Bapak Belalang

Sharing is caring!

Loading...