Sepasang Kekasih Berada Dalam Kereta Sepanjang Hari, Namun Semua Orang Terkejut Apabila “Pintunya Dibuka”!

Sepasang Kekasih Berada Dalam Kereta Sepanjang Hari, Namun Semua Orang Terkejut Apabila “Pintunya Dibuka”!

Loading...

Sepasang Kekasih Berada Dalam Kereta Sepanjang Hari, Namun Semua Orang Terkejut Apabila “Pintunya Dibuka”!

Di cuaca yang panas seperti ini, banyak orang akan memilih untuk membuat perjalanan menggunakan kereta peribadi. Entah itu untuk menuju ke pusat perbenlajaan berAC, atau juga hanya sekadar rehat di kereta. Namun belum lama ini ada sebuah kejadian yang patut menjadi perhatian kita semua, dan peringatan pada saat menyalakan udara dalam kereta.

Sepasang Kekasih Berada Dalam Kereta Sepanjang Hari, Namun Semua Orang Terkejut Apabila “Pintunya Dibuka”!

Kereta ini berhenti di pinggir jalan, di dalamnya adalah sepasang lelaki dan wanita. Mereka berhenti dalam waktu yang cukup lama, namun orang di sekitar tidak berani untuk mengganggu mereka.

Kaca filem tingkap kereta cukup tebal sehingga tidak dapat melihat keadaan didalam, namun kereta tersebut sama sekali tidak bergerak hingga senja.

Orang di sekitar pun tidak tahu apa yang dilakukan pasangan tersebut di dalam, namun kerana kereta tersebut tidak juga pergi, akhirnya ada beberapa orang yang cuba menelefon polis.

Sepasang Kekasih Berada Dalam Kereta Sepanjang Hari, Namun Semua Orang Terkejut Apabila “Pintunya Dibuka”!

Setelah polis datang, polis cuba mengetuk pintu, namun tak dibuka.Akhirnya pintu kereta pun dibuka secara paksa, dan mereka ternampak perkara yang tidak mereka percayai.

Kedua orang tersebut sudah meninggal dunia di tempat. Tapi, mengapa hal ini boleh terjadi? Mengapa dalam tempat yang begitu selesa, hal ini boleh terjadi ?!

Rupanya kerana mereka berdua menutup pintu dan tingkap dengan rapat dan kini sedang tidur di dalam kereta, menghirup terlalu banyak gas karbonmonoksida.

Sepasang Kekasih Berada Dalam Kereta Sepanjang Hari, Namun Semua Orang Terkejut Apabila “Pintunya Dibuka”!

Ini adalah peristiwa yang benar-benar tragis. Semoga melalui kejadian ini, kita boleh lebih berhati-hati lagi. Jangan pernah menutup tingkap dan membuka AirCond saat tidur dalam kereta!

Malah Banyak kejadian ini sering kali berlaku seluruh dunia. Jangan biarkan kereta dalam keadaan ‘idle’ terlalu lama dengan aircond terbuka.

sumber: pixpo

Sepasang Kekasih Berada Dalam Kereta Sepanjang Hari, Namun Semua Orang Terkejut Apabila “Pintunya Dibuka”!
Bahaya Tidur Dalam Kereta
Apa jadi pun, jangan la tidur dalam kereta masa kereta tgh idle/tak bergerak sebab ianya boleh membunuh. Dah banyak kes sebelum orang mati sebab tidur dalam kereta, tapi masih ramai yang buat jugak.

Macam baru-baru ni area rumah aku black out. Aku tengok ramai orang keluar rumah, start enjin, duduk dalam kereta sebab konon-kononnya panas takde kipas dalam rumah. Alahai, panas ape la sangat.

Lain kali standby satu kipas jepun. Paling senang amik suratkhabar buat kipas.

Sama juga kat RnR highway especially waktu malam. Aku tengok ramai yang tido dalam kereta sambil engine dan aircond on.

Tidur dalam kereta bahaya kalau:

Engine on, aircond on, tingkap fully tutup.
Engine off, aircond off, tingkap fully tutup.

Risiko lelap dalam kenderaan, sedut maut karbon monoksida boleh ragut nyawa

Banyak kes kematian dilaporkan akibat terhidu gas monoksida. Di Malaysia misalnya, ‘amalan’ pemandu singgah di pusat Rehat dan Rawat (R&R) selepas kepenatan atau mengantuk selepas memandu jauh, lalu berehat di dalam kereta dengan enjin terpasang, kemudian tertidur, sudah kerap kedengaran.

Ada kes individu menunggu seseorang di dalam kereta kemudian tertidur. Tidak kurang ada yang tinggalkan anak di dalam kereta dengan enjin dan penghawa dingin dipasang untuk melakukan sesuatu urusan.

Tindakan itu tidak bijak dan mengundang bahaya. Paling mengecewakan, ramai yang tidak tahu wujud risiko bakal menunggu jika terlalu lama di dalam kenderaan.

Bagaimanakah kenderaan yang dianggap sebagai pelindung, sebaliknya mampu menjadi perangkap maut?

Seseorang tidak tahu bila akan ‘merasa mengantuk dan mula tertidur’ di dalam kereta dan dalam keadaan itu karbon monoksida mungkin sudah memenuhi paru-paru menyebabkan lemas.

Perlu diketahui, gas karbon monoksida terhasil akibat pembakaran bahan api seperti petrol yang tidak sempurna seterusnya dilepaskan melalui ekzos kenderaan dan masuk ke dalam bahagian kenderaan melalui kebocoran di bahagian tertentu seperti tingkap, bonet dan sebagainya.

Enjin kereta yang baru diselenggara, biasanya mempunyai tahap kesempurnaan pembakaran tinggi berbanding dengan enjin kereta jarang diselenggara.

Ia bukanlah disebabkan oleh sistem pendingin hawa. Sistem itu hanya bertindak sebagai pengalir haba dan menyejukkan ruang dalam kereta dan bukannya membekalkan karbon monoksida.

Gas karbon monoksida berbahaya kerana ia boleh kekal dalam sistem darah tubuh. Semakin banyak gas ini disedut maka semakin banyaklah kuantitinya dalam darah manusia. Ketumpatan gas monoksida dalam sistem darah manusia menyebabkan kekurangan kandungan oksigen dalam darah.

Kekurangan oksigen inilah yang akan membawa kepada kesan anggota badan khususnya sistem saraf dan otak yang mana pada tahap tertentu boleh membawa menyebabkan koma dan seterusnya maut.

Persoalannya, bagaimana gas monoksida ini boleh disedut tanpa disedari?

Ada beberapa faktor menyebabkan kejadian itu berlaku. Sebab utama paling nyata ialah berlaku kebocoran aliran udara luar ke bahagian dalam kenderaan.

Misalnya, kebocoran itu mungkin disebabkan ada lubang bawah kereta, pintu yang tidak rapat terutama bonet belakang, lubang brek tangan dan beberapa faktor lain.

Insiden ini biasa berlaku ketika enjin kereta dibiarkan hidup berterusan ketika berhenti rehat menyebabkan gas karbon monoksida yang terhasil ketika pembakaran, meresap masuk ke dalam kereta.

Bagaimanapun jika keracunan itu berlaku ketika sistem pendingin hawa dihidupkan, kemungkinan besar ada campuran gas karbon monoksida dalam aliran udara luar yang masuk melalui sistem pengudaraan kereta.

Saluran aliran udara luar sepatutnya tertutup, sekiranya pengguna memilih menggunakan kitaran udara dalaman tanpa membabitkan udara luar.

Risiko tersedut karbon monoksida adalah rendah bagi kenderaan kedap dari udara luar. Bagaimanapun, siapa yang dapat pastikan kenderaan mereka betul-betul kedap. Kenderaan baru juga kadangkala ada ‘kebocoran’ tetapi dikhuatiri kita tidak perasan mengenainya.

Sepasang Kekasih Berada Dalam Kereta Sepanjang Hari, Namun Semua Orang Terkejut Apabila “Pintunya Dibuka”!

Tempat Parkir Boleh Ancam Nyawa

Antara kes tragis:

+ Seorang kontraktor ubahsuai bangunan yang tidak pulang ke rumah selepas melakukan kerja pengubahsuaian di sebuah kilang pemasangan kereta, ditemui mati dalam keretanya di Jalan Segambut. Beliau ditemui dalam keadaan terbaring dengan kesan darah pada hidung di kawasan parkir di hadapan kilang oleh kakitangan Nissan Tan Chong Motor. Anak mangsa, memberitahu polis, seorang pekerja yang menemui mayat bapanya menghubunginya memaklumkan kejadian itu.

+ Seorang wanita berusia 50-an ditemui mati di dalam keretanya di tempat letak kereta sebuah pusat kesihatan di Gunung Rapat, Ipoh. Mayat wanita itu ditemui di dalam kenderaan jenis Perodua Kembara kira-kira jam 1.30 petang oleh orang awam yang melalui kawasan itu.

Ketika ditemui, mangsa tidak sedarkan diri dengan enjin kenderaan sudah dimatikan. Polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati mayat Ainon dalam keadaan tersandar di tempat duduk kerusi pemandu dengan kesan kebiru-biruan di beberapa bahagian badan tanpa menemui sebarang senjata.

+ Empat sekeluarga yang ditemui mati dalam kereta di sebuah ladang kelapa sawit kira-kira empat kilometer dari Kota Tinggi.

+ Seorang pemuda ditemui mati di dalam kereta dipercayai akibat asap yang disalurkan ke dalam kereta berkenaan di Ulu Temiang, Seremban. Mangsa ditemui mati oleh penduduk kampung berhampiran yang melalui jalan itu. Menurut kenyataan polis, setiba di tempat kejadian mendapati enjin kereta masih hidup dan mangsa dipercayai menyalurkan asap dari ekzos keretanya ke dalam melalui getah paip.

+ Sepasang kekasih ditemui mati dalam keadaan bogel dipercayai lemas kerana terhidu gas karbon monoksida dalam sebuah kereta di garaj sebuah pusat mencuci kenderaan di Seksyen 17, Shah Alam.

+Mayat pasangan itu ditemui seorang rakan mereka yang menetap di kontena berdekatan pusat mencuci kenderaan, dalam keadaan enjin dan penghawa dingin kereta terpasang, kira-kira jam 9 pagi dan diklasifikasikan secara mati mengejut.

+ Seorang budak lelaki berusia empat tahun dijumpai mati dalam kereta selepas dia ditinggalkan oleh bapanya, yang tidak menyedari anak bongsunya tertidur dalam kenderaan berkenaan. Bapanya, dikatakan tidak menyedari anaknya tidur dalam kereta itu. Selepas lebih dua jam, lelaki berusia 37 tahun itu kembali ke keretanya dan terkejut menjumpai anaknya tidak sedarkan diri.

Kesimpulannya, elakkan la tidur dalam kereta kalau bukan hal emergency. Safety first yosh!

 

Mohon share kepada orang tersayang…

Loading...